Khitbah @ Pertunangan.. Hukumnya di sisi syarak

November 26th, 2009

Khitbah atau dalam bahasa yang sering kita gunakan (meminang atau melamar) merupakan sesuatu permintaan seorang lelaki atau wakilnya kepada seorang wanita (walinya) untuk dijadikan permaisuri hati seumur hidup dengan cara tertentu yang berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini secara meluas.
Hukum khitbah adalah sunnah, Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah berkhitbah terhadap isteri-isteri baginda, antaranya Saidatina ‘Aisyah bintu Abu Bakr dan Saidatina Hafsah bintu Umar R.A. Hukum melihat makhtubah (calon isteri) kita juga adalah harus, Riwayat dari Jabir R.A., telah bersabda Rasulullah S.A.W. : “ apabila salah seorang dari kamu mengkhitbahi perempuan, maka kamu mampu (noleh) melihat akan ia (wanita-wanita yang dikhitbah) untuk mengajak ke arah perkahwinan, maka lakukanlah ‘sempurnakanlah’, telah berkata akan Jabir R.A. : maka aku telah berkhitbah dan khitbah yang berlaku sehingga aku melihat akan makhtubah (calon isteri) itu mengajak ke arah perkahwinan maka aku kahwini akannya”. Hadith ini menkhabarkan hukum khitbah itu adalah sunnah seperti yang dilakukan oleh baginda Rasulullah S.A.W. Sebahagian ulama’ berpendapat melihat wanita yang ingin dipinangi itu adalah ketika sebelum waktu pinangan, ini adalah pandangan dari Mazhab Syafi’iah dengan alasan untuk tidak menyakitkan hati atau menolak perasangka buruk kepada pihak lelaki apabila tidak bersetuju terhadap wanita itu.
Terdapat 2 syarat sah dalam proses khitbah, iaitu :

1) Makhtubah adalah wanita yang boleh dikahwini.
2) Tidak meminang wanita-wanita yang telah dipinang oleh orang lain.

Syarat yang pertama jelas menggambarkan kepada kita bahawasanya wanita yang ingin dikhitbah itu hendaklah wanita yang boleh dikahwini, maka tidak boleh untuk kita meminang isteri orang lain ataupun wanita-wanita yang mempunyai pertalian darah dengan kita. Khitbah boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu secara tasrieh (terang-terangan) atau secara ta’arudh (sindiran), secara ta’arudh (sindiran) ini dilakukan kepada wanita-wanita yang didalam ‘idah kematian suami mereka atau kerana talak ba’in berdasarkan ayat Al-Qur’an dari Surah Al-Baqarah pada ayat 235, Allah S.W.T. telah berfirman mafhumnya : Dan tidak ada dosa bagimu meminang perempuan-perempuan itu dengan sindiran atau kamu sembunyikan (keinginanmu) dalam hati. Syarat yang kedua pula mengkhabarkan kepada kita islam melarang untuk kita meminang wanita-wanita yang sudah dipinang oleh orang lain, ini dijelaskan pada hadith Rasulullah S.A.W. dari Abu Hurairoh R.A., Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : “Janganlah dipinang oleh lelaki akan wanita-wanita yang telah dipinangi sehingga ia berkahwin ataupun ditinggalkan” riwayat Ahmad dan Muslim.
Terjadi perbedaan pandangan di kalangan Ulama’ mengenai anggota-anggota wanita yang boleh dilihat ketika khitbah, iaitu:

1) Jumhur Ulama’ berpandangan: boleh melihat wajah dan kedua telapak tangan, kerana melihat wajah dan kedua telapak tangan akan dapat diketahui kecantikan wanita itu.
2) Ibnu Daud mengatakan: boleh melihat seluruh anggota.
3) Imam Abu Hanifah membolehkan melihat dua telapak kaki, wajah dan dua telapak tangan.

Kenapa aku beli porche antique

June 13th, 2009

Actually aku nak tulis citer ni dari august tahun lepas lagi.. Tangguh punya tangguh sampai june tahun nie…

Hehe… Sape pernah tnengok porche aku.  Kaler biru muda.. Murah jer aku beli.. RM1200 dari seorang pakcik.. Bikin punya bikin dah dekat rm6k abis kat situ.

Porche nie aku beli lepas balik survivor course di ipoh.. masa tuh duit banyak le sikit.. reason aku beli sebab nak surprise papa aku sempena father’s day. that car 10 years ago bapak aku pernah ada.. namun dek disebalik kenakalan aku, ketika berada di darjah 6 kereta itu telah accident jalan taman melati. Than simpan pun tak guna kereta father aku pun dah ditolak pada orang len jadi besi buruk.

So, becoz of i love my father so much, i like to bring back those sweet memory with that car. Aku beli la satu.. Cuma dulu daddy aku nyer 4 pintu, aku kasi sporty nyer 2 pintu.. ranggi sket bawak g masjid. wat ever it is, diz year lupa lak aku nak wish father’s day kat bapak aku. tapi aku ader ler tinggal keta biru tuh kat umah time fathers day wat tatapan dia.. sayang dia kat keta tuh macam dia sayang kat aku..

For Her 2 C.. Especially Her

November 16th, 2008
Salamz.. This thing aku pinjam dari Kep, thanks Kep.. Aku rasa berguna untuk aku nih.. This is what really guy are..
> 1. Guys may be flirting around all day but before they go to sleep, they always think about the girl they truly care about.
> 2. Guys are more emotional than you think. If they loved you at one point, it will take them a lot longer than you think to let you go. And it hurts every second that they try.
> 3. Guys go crazy over a girl’s smile. :)
> 4. A guy who likes you wants to be the only guy you talk to.
> 5. Giving a guy a hanging message like “You know what? Uhh, nevermind.” would make him jump to a conclusion that is far from what you are thinking. And he’ll assume he did something wrong. He’ll be obsessed about it and will try to figure it out.
> 6. If a guy tells you about his problems, he just needs someone to listen to him. You don’t need to give an advice.
> 7. A usual act that proves that a guy likes you is when he teases you.
> 8. GUYS LOVE YOU MORE THAN YOU LOVE THEM.
> 9. Guys use words like hot or cute to describe girls. They rarely use beautiful or gorgeous. If a guy uses that, he loves you or likes you a lot.
> 10. If the guy does something stupid in front of the girl, he will think about it for the next couple of days or until the next time he spends time with the girl.
> 11. If a guy looks unusually calm and laid back, he’s probably faking it. And he is really thinking about something.
> 12. When a guy says he is going crazy about the girl, he really is. Guys rarely say that.
> 13. When a guy asks you to leave him alone, he’s just actually saying, “Please come and listen to me.”
> 14. If a guy starts to talk seriously, listen to him. It doesn’t happen that often. So when it does, you know something’s up.
> 15. When a guy looks at you for longer than a second, he’s definitely thinking of something.
> 16. Guys really think that girls are strange and have unpredictable decisions and are mad confusing but somehow are drawn even more to them.
> 17. A guy would give the world to be able to read a girl’s mind for a day.
> 18. No guy can handle all his problems on his own.
> He’s just too stubborn to admit it.
> 19. Not all guys are rude. Just because one is rude doesn’t mean he represents all of them.
> 20. WHEN A GUY SACRIFICES HIS SLEEP AND HEALTH JUST TO TALK TO YOU, HE REALLY LIKES YOU AND WANTS TO BE WITH YOU AS MUCH AS POSSIBLE.
> 21. Even if you dump a guy months ago and he loved you, he probably still does and if he had one wish it would be you to come back into his life.

Demi Cinta Suci Ini

November 16th, 2008

Salamz.. Bersyukur kepada Ilahi aku masih bertahan hingga ke hari ini… Selepas aku kira sudah 3 hari hubungan aku bersama Lyna tersayang berakhir bermula dari salah faham kecil.. Hingga melarat menjadi persengketaan besar. Tapi ini bukan kali pertama.. I guess this time for me to surrender my love..€

Tiga hari ini hp aku sunyi tanpa panggilan telefon.. Memang selalu nyer msg dan phone call datang dari lyna.. Tapi sekarang dah takder lagi.. Maybe aku tak keputusan terbaik, tapi aku buat aper yang perlu yang aku rasa tepat pada masa nya.. Membiarkan jiwa kami masing2 bertenang.. Supaya persengketaan ini tak meleret tan pa sebarang jawapan.

Ku kira, pada 14hb november, ia genap 3 tahun 7 bln percintaan kami. Berat untuk melepaskan, selepas memikirkan pahit manis yang kami lalui bersama. Tapi aku memikirkan juga masa depan yang akan mendatang, bukan dipihak aku saje, malah lebih lagi dipihak lyna. Mungkin keputusan aku silap, aku tak dapat membaca apa yang lyna fikirkan sekarang. apa yang dia rasa, walaupun aku rsa aku tahu, tapi tak sama dengan org yang menanggung beban nya.

Aku hanya menyimpan diari cinta aku bersama lyna sementara, suatu hari nanti aku harap dapat membukanya semula.. Sebab di dalam hati ini, dia org pertama yang aku cintai.. Mana mungkin melupakan cinta pertama dengan mudah. Buat masa ini biarlah aku membuka peluang untuk masing2 mengejar cita2 masing2. Aku tetap care dengan lyna sampai bila2. Semoga Allah sentiasa memberi semangat dan petunjuk kepadanya untuk terus hidup.

Bila Aku Main Bola

November 12th, 2008

Salamz.. Ptg tadi aku men bola.. aku bukan reti pun men bola nih.. Org memang heran lah macam ner dak laki tak reti men bola nih. Sebab nak mengukuhkan persahabatan aku pun men gak la bola walau jadi bahan lawak pun.. Jadi gol keeper.. ada la terbolos 3 gol tadi..

Tengah2 men bola tuh ader kuar cikgu pakai hijau cun alahai… Menarik perhatian sungguh. Tak lepas ler mata aku memandang. Tapi walau mata aku pandang pda cikgu baju hijau tuh, hati aku teringat kat gf aku yang dah 3 bulan aku tak luang kan masa dengan dia.. mesti dia rindu sangat kat aku macam aku rindu kat dia..

kalau dia tahu tuh la pasal takder ribut takder angin aku msg dia sblm maghrib tadi, ‘i miss u’. pendek jer.. tapi aku rasa mesti sangat berharga sbb dah lama dah aku tak mention word tuh..

pada lina, jangan risau leh.. nanti ader cuti abg balik lah.. tak lama jer pun lagi sayang.

Doa Seorang Ibu

November 7th, 2008
Sejak balik dari survivor course yang lepas aku rasa macam baru dilahirkan semula.. Tapi itu bukan point cerita ni.
Ketika dalam kursus aku bertemu seorang jurulatih yang memberi tazkirah pendek tentang kasih sayang ibu.. Setiap hari aku teringatkan ibu yang ntah apa yang ibu buat masa tu.
Bila aku balik ibu orang pertama aku cuba hbngi dengan menelefon papa. Tapi sume panggilan ku masuk voicemail. Telefon rumah pun tak berjawab. Aku telefon abg2 ku rupenye diorang gi mengerjakan umrah. Lega rasa hati aku. Barulah aku telefon lina.
Suatu hari aku dapat panggilan telefon dari pelik no nya. Beberapa kali aku tak dapat menjawab sebab kesebukan kerja. Nak telefon balik tak dapat lak. Suatu hari dalam makmal kimia aku sempat menjawab, rupanya ibu call dari Mekah, dia cakap dia beli kan jubah dan papa pula beli kan kopiah untukku.. Tapi aku takder ape perasaan yang istimewa pun pasal tuh.
Hanya selepas ibu sampai ke M’sia, brlah aku terasa aku sedang berubah. Waktu solatku mula tersusun, ada masa lapangku kadang kala aku mengaji. Sempat juga aku khatamkan quran bulan ramadhan yang lepas. Ibu juga memberikan aku air zam zam yang telah ditawafkan untukku. Demi kesejahteraan hidup aku..
Sehinggalah ada peristiwa yang membuatkan aku kecil hati dengan ibu, pada raya lepas. Aku memandu 10 jam bersendirian ke kedah menggunakan jalan lama. Fikiran banyak melayang mengingatkan ibu. Sepuluh jam yang seksa itu berakhir bila kereta aku rosak di mergong. Sejak hari tu aku dah kurang menghubungi ibuku. beberapa kali miscall dari papa pun aku tak call balik..
Aku sedar, sbnrnya salah nye datang dari aku. Sehingga sekarang aku masih tak menghubungi ibu, tapi doa aku untuk dia tak pernah putus aku kirimkan. Aku sedang berubah, sebab kemarahan ibu aku berubah menjadi lebih baik. Aku fikir orag dewasa macam aku ni tak perlu le kene marah. Tapi sebab ibu marah lah aku insaf. Aku akan hubungi ibu juga. Dan balik umah juga nanti. Semoga ibu ampunkan dosa aku.

nak balik raya story

September 24th, 2008

alhamdulillah.. selepas beberapa hari bersabar akhir nye esok aku akan balik raya jugak.. doakan lah aku selamat kerana aku hanya memandu kereta buruk toyotaku keluaran 1972 dengan harga yang dibeli dari seorang pakcik rm1200 jer.. kereta nie lah yang membawa aku kepada keluarga ku bersama 3 orang rakan yang menumpang. alhamdulillah gak harga minyak turun lagi seposen.. walaupun sikt still turun gak. rindu nya dengan keluarga dan teman2 yang tersayang kat gombak tuh especially gf ku amalina.

tahun ni raya takder baju baru.. orang lelaki macam aku tak kesah sangat kalau baju tu tahun2 lepas nye. asal kan masih elok dan smart untuk dipakai.. walau pun baru mendapat bonus setengah bulan gaji tapi aku tak dapat nak rasa bonus tuh pasal banyak betul tanggungan bulan nie.. cume leh berjimat jer lah dengan apa yang ada.. pada kawan2, walaupun korang banyak duit mesti ingat untuk berjimat takut sesak di kemudian hari..

pada mereka yang duduk kat kl tuh, ayuh jangan segan2 bertandang ke umah aku hari raya nie.

3 malam Tanpa Bintang

February 2nd, 2008

Tak caya aku jual pendrive pun kena gie board PLP… dasyat giler… baru ingat nak bisnes sikit… selebih nyer nak tolong jer.. buat amal jariah mana yang mampu.. al-maklum lah, nak memperkasa kan kadet-kadet plp nie dengan ilmu pengetahuan bidang siber nie.. nanti dah kuar gie unit takder la terkontang kanting tak tau komputer… Lek… takder hp takder… still leh YM guna internet kan..

August 26th, 2007

Semalam aku gaduh ngan awek aku.. dahsat giler… sedey nyer hari nie aku tak dapat datang konvokesyen dia.. Nasib baik kitorang still dapat tangkap gambar konvo same2…

The tension day…

November 14th, 2006

Dah 3 hari duty.. Dok dalam ops room nie banyak benar godaan nyer.. Asal nak bukak buku jer astro ader citer best.. ngan internet lagi.. chating lagi.. today ada final test titas II… alamak,, aku lum study abih lagi… kalau dapat rendah takleh ler cover pointer aku yang cam sial nih.. pergh…