Demi Cinta Suci Ini

Salamz.. Bersyukur kepada Ilahi aku masih bertahan hingga ke hari ini… Selepas aku kira sudah 3 hari hubungan aku bersama Lyna tersayang berakhir bermula dari salah faham kecil.. Hingga melarat menjadi persengketaan besar. Tapi ini bukan kali pertama.. I guess this time for me to surrender my love..€

Tiga hari ini hp aku sunyi tanpa panggilan telefon.. Memang selalu nyer msg dan phone call datang dari lyna.. Tapi sekarang dah takder lagi.. Maybe aku tak keputusan terbaik, tapi aku buat aper yang perlu yang aku rasa tepat pada masa nya.. Membiarkan jiwa kami masing2 bertenang.. Supaya persengketaan ini tak meleret tan pa sebarang jawapan.

Ku kira, pada 14hb november, ia genap 3 tahun 7 bln percintaan kami. Berat untuk melepaskan, selepas memikirkan pahit manis yang kami lalui bersama. Tapi aku memikirkan juga masa depan yang akan mendatang, bukan dipihak aku saje, malah lebih lagi dipihak lyna. Mungkin keputusan aku silap, aku tak dapat membaca apa yang lyna fikirkan sekarang. apa yang dia rasa, walaupun aku rsa aku tahu, tapi tak sama dengan org yang menanggung beban nya.

Aku hanya menyimpan diari cinta aku bersama lyna sementara, suatu hari nanti aku harap dapat membukanya semula.. Sebab di dalam hati ini, dia org pertama yang aku cintai.. Mana mungkin melupakan cinta pertama dengan mudah. Buat masa ini biarlah aku membuka peluang untuk masing2 mengejar cita2 masing2. Aku tetap care dengan lyna sampai bila2. Semoga Allah sentiasa memberi semangat dan petunjuk kepadanya untuk terus hidup.

Leave a Reply