Doa Seorang Ibu
Sejak balik dari survivor course yang lepas aku rasa macam baru dilahirkan semula.. Tapi itu bukan point cerita ni.
Ketika dalam kursus aku bertemu seorang jurulatih yang memberi tazkirah pendek tentang kasih sayang ibu.. Setiap hari aku teringatkan ibu yang ntah apa yang ibu buat masa tu.
Bila aku balik ibu orang pertama aku cuba hbngi dengan menelefon papa. Tapi sume panggilan ku masuk voicemail. Telefon rumah pun tak berjawab. Aku telefon abg2 ku rupenye diorang gi mengerjakan umrah. Lega rasa hati aku. Barulah aku telefon lina.
Suatu hari aku dapat panggilan telefon dari pelik no nya. Beberapa kali aku tak dapat menjawab sebab kesebukan kerja. Nak telefon balik tak dapat lak. Suatu hari dalam makmal kimia aku sempat menjawab, rupanya ibu call dari Mekah, dia cakap dia beli kan jubah dan papa pula beli kan kopiah untukku.. Tapi aku takder ape perasaan yang istimewa pun pasal tuh.
Hanya selepas ibu sampai ke M’sia, brlah aku terasa aku sedang berubah. Waktu solatku mula tersusun, ada masa lapangku kadang kala aku mengaji. Sempat juga aku khatamkan quran bulan ramadhan yang lepas. Ibu juga memberikan aku air zam zam yang telah ditawafkan untukku. Demi kesejahteraan hidup aku..
Sehinggalah ada peristiwa yang membuatkan aku kecil hati dengan ibu, pada raya lepas. Aku memandu 10 jam bersendirian ke kedah menggunakan jalan lama. Fikiran banyak melayang mengingatkan ibu. Sepuluh jam yang seksa itu berakhir bila kereta aku rosak di mergong. Sejak hari tu aku dah kurang menghubungi ibuku. beberapa kali miscall dari papa pun aku tak call balik..
Aku sedar, sbnrnya salah nye datang dari aku. Sehingga sekarang aku masih tak menghubungi ibu, tapi doa aku untuk dia tak pernah putus aku kirimkan. Aku sedang berubah, sebab kemarahan ibu aku berubah menjadi lebih baik. Aku fikir orag dewasa macam aku ni tak perlu le kene marah. Tapi sebab ibu marah lah aku insaf. Aku akan hubungi ibu juga. Dan balik umah juga nanti. Semoga ibu ampunkan dosa aku.
November 9th, 2008 at 1:34 am
alhamdulillah, setiap yg berlaku ada hikmahnya bang… really happy for u my dear… =)